Halaman

Sabtu, 12 Februari 2011

Ulasan Raja Lawak 5 Minggu Ke 6

Raja Lawak tup tap dah masuk minggu ke 6. Alahai. Tema minggu ini ialah Spontan dimana peserta diberikan tugasan hanya 2 jam sebelum persembahan bermula. Di sini rating berdasarkan pendapat aku.

8. Leman
Prop : Lampu minyak tanah.
Story line: Kegunaan memasak dan tahhapapa.
Idea Leman semakin lama semakin pupus nampaknya. Storyline tak jelas malah ketara sangat apa bila beliau cuba menyamakan lampu tersebut sebagai punchline. Tak sepatutnya berada d puncak. Kesian mereka yang lebh hebat. Sori Leman.

7. Pukaw
Prop : Bola, Pensil Gergasi, Pembaris Gergasi
Storyline : Jumpa doktor kerana perut buncit.
Ada cerita berbanding Leman. Merapu yang kurang menjadi. Seperti dijangka terkeluar minggu ini.

6. Man
Prop : Tudung saji.
Storyline: Penyiasat
Kurang menyengat. Susah kot. Diharap Man jangan terlalu bergantung pada lawak Eric Leong sahaja.

5. Epy
Prop : Tayar basikal
Storylne : Berita dan rancangan TV.
Ok la dapat explore banyak benda. Makin maju mamat ni. Yakin boleh epy. Coz ada potensi.


4. R2
Prop : Tong sampah, selimut, kaki itik(alat menyelam)
Storyline: Alatan spa
Minggu ini R2 kurang lawak gak. Tapi kira masih ok la. Masih ada banyak punchline yang best.

3. Lucky
Prop : Senduk, Gol bola jaring, pelampung
Storyline: Hilang remote.
Cerita merapu yang menarik coz ada kesinambungan. Dari hilang remote sampai cari penyiasat sampai jumpa doraemon. Terbaik Lucky. Boleh mencabar.

2. Nazmi
Prop : Mop
Storyline : Pengacara.
Mamat ni dah mula hilang idea tapi camner tah masih leh lawak lagi. Lawak sebab kalut dia. So terpaksa aku bagi no 2. Bukan apa dia pandai cover berbanding Leman. Nguwawawawawa.

1. Balas
Prop : Gelung rotan (hulla hop), Kipas angin berdiri.
Storyline : Jumpa kawan lama kot.
Paling banyak exploit prop. Memula aku kesian gak diaorg dapat kipas. Berat tu. Permulaan agak slow. Tapi pastu. Nguwawawawawa. Idea mmg gila. Aku salute group ni sbb kedua-dua seimbang tak ada killer atau feeder compare group lain. Selamba jer.........

Sebenarnya minggu agak seimbang kecuali Pukaw dan Leman... Anda setuju ker????




Tiada ulasan: