Halaman

Khamis, 13 November 2008

Kena Transfer....

Adoyai.... aa kena transfer?????? Tidak...... Itulah keluhan bagi mereka-mereka yang kena ditransferkan kat tempat yang tidak diinginkan. Ialah dah seronok dok kat tempat lama ngan famili kendian dah mula beli aset kat situ. Tup tup kene tukau... isk isk.. Ada yang kata tukau nie bagus untuk carik pengalaman dan elak dari gejala rasuah kalo dah lama sangat kat satu satu tempat nun. So kalo naik pangkat ker kira dah tau dah fungsi semua department. Tapi ada yang kata transfer nie menyusahkan gak. Iyalah dah ada umah, suami or isteri dah keje kat situ, anak dah sekolah kat situ... dah selesa dah. Entahlah.. so bila kene transfer nie dah meningkatkan kos la. cam boss kecik aku cian dia ulang-alik dari KL Melaka ari-ari nie. penat tu wooo. Tapi demi family kan. Tak nak jadik weekend husband. Ujung minggu bru blik jengok anak ngan isteri. Tu la.... kekadang adakah salah satu sebab lumrah sekarang banyak weekeng father or mum menyebabkan anak-anak kurang kasih sayang dan remaja skang ramai yang rosak akhlak???? Entahlah. No Komen... Iya lah sedangkan parent yang still ada ari-ari pun bebudak skang lain macam perangainya inikan laks kalo arap tipon ari-ari je.... Mmmmmm. Tak Taulah... renung-renungkan.... AAAAA LU PIKIR LA SENDIRI

Rabu, 12 November 2008

Kereta James Bond

La nie tengah demam James Bond. Shell pun ader wat promosi Kereta James Bond. So aku pun nak amik kesempatan senaraikan kereta-kereta yang penah digunakan oleh James Bond.

1. Dr. No
- Sunbeam Alpine Series 1
2. From Rusia With Love
- Bentley Mark IV
3. Goldfinger.
- Aston Martin DB5
- 1937 Royce-Roll III Silver Phantom
4. Thunderball
- Aston Martin DB55. You Only Live Twice
- Toyota 2000 GT
6. Diamonds Are Forever
- 1971 Ford Mustang Mach-1
7. Never Say Never Again
8. On Her's Majesty Secret Service
- Aston Martin DBS
9. Live And Let Die
10. The Man With The Golden Gun
11. The Spy Who Loved Me
- Lotus Esprit S1 12. Moonraker
13. For Your Eyes Only
- Lotus Esprit Turbo
- Citroen 2CV
14. Octupussy
- Alfa Romeo GTV6 (James bond curik keta nie)
--Mercedes Benz 240D Saloon car
15. A View To A Kill
- Ford LTD
- 1984 Chevrolet Corvette
16. The Living Daylight
Aston Martin V8 Vantage Volante
17. A Licence To A Kill
- Lincoln Mark VII
- Rolls-Royce Silver Shadow
18. Golden Eye
- BMW Z3
19. Tomorrow Never Dies
- BMW 750iL
20. The World Is Not Enough
- BMW Z8
21. Die Another Day
- Aston Martin V12 Vanquish- Ford Fairlane
22. Casino Royale
- Aston Martin DBS V12
- Ford Mondeo

23. Quantum of Solace.

Yang tak ader tu mungkin James Bond tak guna keta kot pakai kenderaan lain. hihihihihi

Selasa, 11 November 2008

Nama kereta

Berikut aku senaraikan dari mana kereta-kereta tu dapat namanya:

1. Toyota - dari founder dia Kiichiro Toyoda.

2. Honda - pun dari founder dia Soichiro Honda.

3. Kia - berasal dari perkataan Korea bermaksud datang dari Asia

4. Mercedes Benz - sempena nama pencipta kereta terawal Karl Benz.
5. Hyundai - berasal dari perkataan Korea bermaksud permodenan.
6. Ferari - sempena dari founder dari Itali Enzo Ferari.

7. BMW - Singkatan kepada syarikat Jerman - Bayerische Motoren Werke

8. Volvo - berasal dari Bahasa Sweden bermaksud Ku pandu


9. Renault - berasal dari founder berasal dari Perancis Louis Renault.


10. Fiat - berasal dari akronim Fabbrica Italiana Automobili Torino atau Kilang Automobil Itali di Turin.
11. Subaru - dari perkataan Jepun bermaksud Bersatu.

12. Proton - singkatan Perusahaan Otomobil Nasional.


13. Perodua - singkatan Perusahaan Otomobil Kedua.

14. Tata - ambil sempena founder dia dari India Jamshettji Tata.
15. Ford - pun dari pencipta kereta terkenal dari Amerika Henry Ford.
16. Alfa Romeo - berasal dari akronim Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau Kilang Automobil Lombard tang Romeo tu tak tau laks.

17. Peugeout - Sempena nama Keluarga Peugeout yang berasal dari Perancis.
18. Volkswagen - Berasal daripada perkataan Jerman bermaksud `kereta orang ramai'
19. Lamborghini - Pun sempena nama pengasas dia dari Itali Ferrucio Lamborghini.
20. Mitsubishi - berasal daripada perkataan Jepun mitshu (tiga) dan bishi (kebenaran) itu pasal logo dia ada 3 diamond atau rombus yang bercantum tu.

21. Porsche - Kereta buatan Jerman sempena nama pengasasnya Ferdinand Porshe.

22. Citroen - Kereta buatan Perancis sempena nama pengasa gak Andre Citroen
23. Chevrolet - Sempena nama pemandu kereta lumba berbangsa Swiss - Perancis Louis Chevrolet.
24. Nissan - singkatan kepada nama Syarikat Nippon Sangyo (Industri Jepun) yang digunakan sdi Bursa Saham Tokyo

Tips Membeli Kereta Terpakai


Mungkin ada di kalangan anda yang ingin membeli kereta terpakai. Mungkin faktor ekonomi menyebabkan anda lebih teruja untuk membeli kereta terbaru memandangkan anda boleh mendapatkan kereta yang lebih `branded' dengan harga yang lebih murah. Tapi hati-hati gak kalo yang beli keta second nie. kekadang bagus gak beli keta second nie sebab ada gak keta baru beli dah meragam. So kat sini aku perturunkan ilmu cewaah kalo nak beli keta terpakai coz aku ngan kekawan aku ada yang terkena . huhuhuhuhu...

Ada 6 perkara perlu diambilkira:

1. Body luaran :

Check body keta dengan cara letakkan kat tengah panas, tengok kot-kot ada lekuk-lekuk bayangan. Kalo ada maybe keta tu penah kena simen sebab kena langgar ke karat ke. Berdiri di hujung belakang kereta dan pastikan ianya straight ajer. kalo tak lurus maybe dah kene langgo. isk isk isk. Kendian bukak pintu, dan check jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka hud, check kaler asal kereta kat bawah skru (biasanya bawah skru tidak dicat.

2. Dalaman :
Duduk di driver seat dan cuba goyangkan stereng. Selak pelapik bumbung di tiang A. Check sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang accident teruk akan di sambung di bahagian ini. Selak karpet lantai check kalo ada sambungan. Check gak getah pelapik pintu. Pastikan tak koyak. Masa test drive cuba dengo kot-kot enjin meraung ker tak. kalo bunyi semacam jer lupakan jer.

3. Enjin :
Seboleh-bolehnya bawak pegi cek kat bengkel dan periksa bawah kereta. Check kot ada bocor kat minyak, gearbox, drive shaft , ekzos, suspension dan karat. Mintak pomen tukar minyak itam pastu cek minyak yang kuar tu kot-kot , berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Untuk nak tau enjin bersih ke tidak. Kalau dah bercampur dengan air, tak yah belila kereta itu sebab mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor.
Bukak spark plug, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena gramme atau piston ring sudah longgar. Pasangkan kembali dan cuba hidupkan kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tidak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam sudah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi).

4. Wiring
Periksa pendawaian keseluruhan kereta kalo ada pengubahsuaian. Check belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar.

5. Air-cond
Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

5. Test-drive :
Drive kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng.

6. No siri
Check nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta. Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu "selamat" atau tidak.

Khamis, 23 Oktober 2008

Kereta Tahun Ini (Car of The Year) - Jepun

Kat sini aku senaraikan kereta yang telah memenangi anugerah tahunan Car of the Year bagi negara Jepun.

2007 - 2008 - Honda Fit (kat sini dikenali sebagai Honda Jazz)

2006 - 2007 - Lexus LS

2005 - 2006 - Mazda MX5

2004 - 2005 - Honda Legend (kat US dipanggil Acura Legend)

2003 - 2004 - Subaru Legacy

2002 - 2003 - Honda Accord (juga dikenali sebagai Honda Aspire atau Acura TSX)

- ada assemble kat Alor Gajah, Melaka.

2001 - 2002 - Honda Fit lagik

2000 - 2001 - Honda Civic

1999 - 2000 - Toyota Vitz (kat sini panggil Toyota Yaris atau Toyota echo kat Kanada)

1998 - 1999 - Toyota Altezza (juga dikenali sebagai Lexus IS 200 atau Lexus IS 300)

1997 - 1998 - Toyota Prius

1996 - 1997 - Mitsubishi Galant (dikenali juga sebagai Mitsubishi Aspire atau Mitsubishi Legum)


1995 - 1996 - Honda Civic

1994 - 1995 - Mitsubishi FTO

1993 - 1994 - Honda Accord LX Sedan (juga dikenali sebagai Isuzu Aska atau Honda Asscot Inova)