Halaman

Selasa, 17 Februari 2009

20 Billiorare Terkaya Di Malaysia

Kali ni aku nak senaraikan 20 orang terkaya kat Malaysia sehingga 16 Februari 2009 sebagaimana tersenarai dalam paper Business Times. Aku setakat makan roti bakar ngan seri kaya ok la.



Isnin, 16 Februari 2009

Geng : Pengembaraan Bermula


Semalam aku pi la City Square Johor Bahru untuk menonton filem tempatan yang ditunggu-tunggu tahun ini apa lagi kalau tak citer Geng: Pengembaraan Bermula. Ramai yang lebih kenal ngan ala Citer Upin dan Ipin. Aku perhatikan bukan kanak-kanak Melayu jer suka tapi ada gak Bangsa lain yang minat citer Upin dan Ipin nie. Bagus bagus. Ada skali aku jengok kedai DVD ada satu nyonya tu tanya "Itu celita Upin dan Ipin ada ka???". Tu la penangan citer Upin dan Ipin nie. Sapa kata local animator tak leh wat. Tabik kru Les Copaque... Lu olang mmg best. Skang pun aku tgh refresh balik nak blajo wat 3D hihihi.

Pada aku filem nie ok dan setanding ngan filem Disney and Pixar. Satu yang aku suka karekter dia diorang mmg jaga n ada fungsi. Contoh sekecil-kecil anak ayam tu pun diorg ader idea nak wat lawak. Anak ayam gelak terguling-guling. Lawak betul. Lagi satu korg mmg teliti contoh bukan background je korg jaga tapi sound background pon best untuk tambah mood. Cam scence dalam utan badrol ngan Lim berborak korg tambah voice Upin, Ipin n rajoo tgh ajak main. Effek pun leh tahan gak. Kecut bulu idung. Dari segi grafik mmg comel la..... Jaln citer pun ok tah meleret-leret simple. Sesuai la untuk famili kan. kang berbelit kang anak2 tanya payah gak mak bapak nak jawab.

Aku gak harap Upin dan Ipin akan jadik ikon baru untuk bebudak. ya lah daripada diorg kenal Shinchan ke Nobita atau karekter bebudak nakal lain baik diorg suka Upin dan Ipin... Nakal-nakal pun still hormat dan ikut cakap Kak Ros ngan Opah. Betul tak??? Betul betul...