Halaman

Jumaat, 23 Oktober 2009

Editing Video

Selasa n Rabu lepas aku baru lepas attend Kursus Digital Video Level 1. Cikgunya ex-classmate aku masa kat ITM. Kursus nie memperkenalkan tentang dunia kamera mostly untuk making video n sedikit pasal still photo. Aku tentang teknik shooting nie atau jenis-jenis cam nie kureng sikit. Maklumlah barang-barangnya mahal. Kamera digital pun x der. huhuhuhu. Ada promo offer pun aku bagi bagi kat adik aku. So untuk event dalam unit aku, aku la cameramannya. Tapi part yang paling best ialah masa editing. Aku adalah sikit basic pasal guna software editing nie dan adalah menghasilkan vcd untuk suka-suka. Dulu aku gunakan Cyberlink Power Director untuk edit assignment pertama aku pasal Ucapan Rayer unit aku. Kalau aku jumpa aku paparkan kat sini. Tak tau letak mana. maklumlah asyik pindah randah. Aku gunakan kamera Fuji Fine PIX. Kamera apa tu? Kamera digital biasa jer yang wat tangkap gambar tu. Ambik part tu sikit pastu tansfer kat komp. Delete. Shot la.. 3 minit . transfer. delete. Itu le keje. Ade unit laen ofer viewcam diorg. X reti guna lak so gunakan apa yg ader. Tapi pastu aku suka sesgt guna Sony Vegas Studio Movie coz nampak lebih canggih drp Power Director untuk aku edit shoting psl Sukna. Aku x puas ati wat citer nie coz byk kija n ramai yg push suruh siap cepat. Aku wat dalam 4 ari jer untuk duration 5 lagu. Hampeh tu. Coz aku pun bukan pro sgt. Nak upload gambo lagi .... isk isk .. Skang aku try laks Pinnacle Studio laks. Cam best gak. Nanti kalau menjadi aku uploadkan kat blog nie ok?????
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Khamis, 8 Oktober 2009

Benda-benda Yang Menjadi Pertikaian Indonesia Malaysia

Sebentar tadi aku melayari youtube nak tau apakah sebab sehingga rakyat Indonesia hingga sanggup berperang dengan Malaysia. Nak pertahankan apa?? Agama ke??? Rupa-rupanya benda-benda yang dikatakan dicuri (maling) oleh Malaysia.
1. Tempe - memang makanan org Jawa sini pun.
2. Rendang - kat Malaysia pun ada orang Minang.
3. Batik - perkataan sama tapi kain dan corak aku rasa jauh beza.
4. Arowana - ikan pun kira ker??
5. Lagu Negara Ku - lagu Terang Bulan dari Indonesia.
6. Lagu Rasa Sayang - lagu dari Kepulauan Maluku. (Singapura pun slalu main lagu nie)
7. Bahasa Melayu - kita kan dari rumpun yang sama so mmg bykla persamaan.
8. Tarian Pendet - kesilapan teknikal.

Begitulah kesahnya... Wallahualam

Bumi yang semakin uzur.

Di pertengahan Syawal ini begitu banyak kita dikejutkan dengan bencana dan malapetaka. Subhanallah. Filipina dan India dilanda banjir besar dan taufan. Indonesia dilanda gempa bumi kuat hingga mengorbankan ribuan penduduknya sehingga beberapa kampung lenyap dari muka bumi. Samoa pula dilanda tsunami hingga mengakibatkan beberapa pulau kecil lenyap.

Cuba kita renungkan pengajaran daripada bencana tersebut. Dengan sekelip mata sahaja Allah swt menghancurkan bumi sebagai peringatan kepada kita yang masih bernafas nie. Inikah tanda-tanda kiamat semakin hampir??? Kalau kita rujuk semua tanda-tanda kiamat kecil dah berlaku. Gempa bumi yang kerap. Penaklukan Baitulmaqdis, Zina yang berleluasa, mengagungkan orang yang sering melakukan maksiat, masjid dijadikan sebagai bahan pameran untuk bermegah-megah dan sebagainya. Ya Allah janganlah kau jadikan negara kami sebagai tempat kemurkaanMu Ya Allah. Lindungi kami agar kami tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Amin.
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Konfrantasi

Baru-baru hingga sekarang kita dikejutkan dengan konfrantasi Malaysia - Indonesia. Kononnya ianya akibat daripada rasa tak puas hati rakyat Indonesia akibat konunnya menciplak dan klim kata sebahagian budaya mereka seperti tarian pendet, batik dan sebagainya adalah berasal dari Malaysia. Akibatnya ada rakyat Indonesia yang terlebih emosi telah menubuhkan pasukan sukarelawan dikenali sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk mengayang Malaysia. 1 lagi isu ialah berkaitan perairan Ambalat disebabkan ianya menjadi rebutan kedua-dua negara kerana kawasan tersebut kaya dengan petroleum. Sungguh menyedihkan. Pihak media Indonesia pula seolah-olah cuba membakarkan lagi semangat rakyat mereka untuk mengayang Malaysia (Tengok sahaja di Youtube). Persoalannya apa yang mereka dapat dalam peperangan ini??? Kalau dari segi budaya laks... Bukankah kebanyakkan orang Melayu Malaysia dan Indonesia nie serumpun??? Aku sendiri ada keturnunan Aceh belah bapak aku dan may be Minang kot belah mak aku campur sikit ngan Cina. So sikit sebanyak budaya Aceh or Minang dari Indonesia turut diamalkan kat sini.
Macammanapun majoriti rakyat kedua-dua negara adalah beragama Islam. So ambil la iktibar dari akibat perpecahan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Nak kita jadi macam mereka sedangkan orang Yahudi dan musuh Islam ketawakan kita. Sememangnya itulah agenda mereka memecahbelahkan umat di rantau ini. Mereka tau mereka tak akan menang untuk menentang Islam tetapi Islam akan kalah jika umatnya sendiri bercakaran. Contoh terbaik ialah cubaan Soviet Union untuk menakluk Afghanistan yang ketika itu bersatu. Berapa puluh tahun gagal. Tetapi akibat perebutan kuasa, dengan mudah Amerika dapat menakluk mereka. So renungkanlah. Sesungguhnya perkambangan Islam di rantau ini amat membimbangkan musuh-musuh Islam ini. Jadi kita yang berpegang dengan kalimah Laillahailallah nie perlulah sentiasa bersedia dan tidak terpengaruh dengan mainan Yahudi ini. Semoga Allah memelihara kedua-dua negara ini. Amin.
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Khamis, 11 Jun 2009

Lagi Kisah Kebesaran Allah

Seorang budak lelaki dari keluarganya kristian dan tidak tahu bahasa arab,

Di awal usia 4 tahun dia dapat dapat satu perkataan dari mimpi.. seorang lelaki yang pakai baju warna putih dan berdiri di bawah pokok. dan diajarkan kepadanya segala galanya tentang islam yang sebenar yang diajar oleh rasulullah s.a.w...

Anak kecil ini telah menerangkan kepada semua org siapa itu Allah dan tidak boleh meyekutukan Allah. Dia juga telah berceramah kepada masyarakat sekitar akan maksud Islam yang sebenarnya. Selepas kejadian itu keluarganya dan semua orang yang melihat kejadian itu telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam dan beriman kepada Allah.

http://www.youtube.com/watch?v=2bl029UoLg8

Begitulah kesahnya... Wallahualam

Budak 5 Tahun jadi Ustaz Muda

Subhanallah ... Maha Suci Allah
Sedang aku melayari laman-laman web maklumlah keja dah selesai aku terjumpa artikel yang agak menarik tentang seorang budak umur 1 tahun dia telah pandai membaca quran dan dia boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Perancis, Arab dan Swahili tanpa pergi belajar walaupun bukan graduan. Ianya baru umur 1 tahun kan. baru pandai cakap. Yang menakjubkan lagi ayat pertama yang diucapkan adalah " kalau kamu beriman kamu akan diterima oleh Allah" yang dicakap dalam Bahasa Arab padahal dia bukan lah Org Arab. Orang Afrika tak salah aku. Dia juga hafiz Quran dan menghafal semua maksud Quran pada umurnya baru 1 tahun setengah dan dia juga sembahyang 5 waktu sehari pada waktu itu..

http://www.youtube.com/watch?v=GKIJriszJB0&feature=PlayList&p=BABD43543D41E5D5&playnext=1&playnext_from=PL&index=9

kendian aku terpikir kalolah budak ni dapat datang dan bagi ceramah kat Malaysia kan bagus daripada kecoh-kecoh kecewa konon Cristiano Ronaldo tak dapat datang Malaysia. Kan ke hebat?????

Nostalgia 80an

Masa sekolah rendah dulu tu gi sekolah jalan kaki ramai-ramai pakai seluar biru pendek... isk isk isk

Ada program kesihatan gigi so kenala berus gigi time dengan pegang cawan kaler kaler mencangkung kat tepi parit ..... isk isk isk

Kena cubit, rotan kat tangan, kat punggung biaser jer... tu wat bebudak jadi pandai dan tau hormat orang... ngadu le kat mak bapak kena lagi ada la.....

Bawak wit 50 sen pun dah kenyang mee goreng 30 sen air 20 sen... errrrp...

Great Wall, emporium shopping complek popular.

TV itam putih... komputer??? menatang apa tu???

Tipon main pusing-pusing tapi masa tu dah ada public pon dail tekan tekan.

Citer popular kat tv?? Of course Incredible Hulk, Six Million Dollar Man, Bionic Women, Air Wolf, Blue Thunder, Different Stroke sekarang pun banyak dah remake balik.

Movie??? Masa dah skolah menengah ada gak nengok Rambo, Crocodile Dundee, Indiana Jones

kalo kartun laks - Captain Future, Thundercats, Scobby Doo, Voltron, Transformer

Time skolah menengah dressing rambut belah tengah ada ramos ala-ala duran duran seluar bawah kecik giler, kasut high cut cap warrior kikikikikiki Kalo pakai tie laks mesti alter kasik kecik nyer... Rock babey

CD? MP3? i-pod? apo tu?? Kaset la ngan radio tekan punat kat atas. Pusing tape pakai pen... nguwawawawawawa...

Playstation?? i-box?? Aked game la... tuing tuin street fighter.. tak pon super mario....

Jajan?? faverite ceklot ding dang, cikedis, mamee, kiki bumblee gum ada mainan di dalam ....
lagi ais krim malaysia....

Slalu gak main tikam kat kantin beli asam jeruk...

kalo sekolah rendah masa pj fav game rounders... bebudak skang tau ker???

games waktu senggang .... main guli, tudung lamnet (tudung botol air gas), polis sentri apa lagi tah...


Begitulah kesahnya... Wallahualam

Sabtu, 30 Mei 2009

Susan Boyle - Star Is Already Born

Mungkin ada yang dah tau atau mungkin ada yang belum tau kisah Susan Boyle, wanita hampir pertengahan umur yang bersuara emas nie. Memua aku pun tak tau gak tapi bila kawan aku citer dan kerap gak kesah dia nie dalam paper so aku cari gak la dalam youtube. So hasilnya wanita tua gemuk pendek nie bebetul marverlous. 1st impreesion dari juri dan penonton mungkin akan melihat ala nie satu lagi kisah lawak nie maklum la muka tak cantik. Ada yang mencebik la. Pier juri tu dah stat gelak dah. Tapi bila dia dah setat nanyi. Pergh.... Terpegun semua. Tengok Simon yang mmg kaki kutuk tu terlopong. Amanda laks aku nengok cam nak nangis dah. Huhuhu. Dan penonton dan juri exp Simon (biasa ego) siap bagi standing ovation dah, Cam star laks. Moral kat sini tak semesti muka cantik perfect kan. Ada gak muka lawa suara cam itik serati. No komen
http://www.youtube.com/watch?v=RxPZh4AnWyk Begitulah kesahnya... Wallahualam

Khamis, 9 April 2009

Kabinet Baru

Sebentar lagi akan diumumkan Barisan Kabinet terbaru di bawah pimpinan PM baru Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Sebagai penjawat awam aku tak nak komen banyak cuma beberapa persoalan akan timbul....
1. Sahkah TS Muhyiddin sebagai TPM?
2. TPM2 dari MCA?
3. Kedudukan Khairy dan Mukhriz?
4. Kedudukan KM Melaka dan mungkin MB yang lain?
5. KPKT dapat boss baru?
dan lain-lain nantikan selepas pesanan penaja.
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Chelsea The Blues


Sukanya aku ari nie sebab berjaya menutup mulut penyokong-penyokong Liverpool. Yihaaa... Go 4 the Blues. Selepas akhbar smua mengembar-gemburkan bahawa Chelsea akan tumbang di Anfield tetapi sebaliknya yang berlaku.. Chelsea 3 Liverpool 1. Jaringan Fernando Toress tak bertahan lama akibatnya Ivanovic pemain Defender yang asyik dok reserve je jadi hero pagi tadi.. 2 gol tandukan... Syabas.... Kendian My Hero Drogba tambah 1 gol untuk bekalan ke Stamford Bridge nanti... hihihi jangan marah fanatic Liverpool. Aku berharap kali nie Champion League akan dimiliki Chelsea. Pasal EPL tu agak sukar bagaimanapun aku lagik suka kalo Liverpool yang grab daripada MU. Sori MU fans.. kikikikiki
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Isnin, 6 April 2009

Fast & Furious

Demam keta lumba melanda lagik.. Vroom vroom.. Minggu nie aku tengok 2 x citer 2 Fast 2 Furious kat stesen tv percuma... Pelik kan??? Bagi org area johor n sngapore x pelik la.. Jemaat ari tu TV 3 menyiarkan citer tu.... Esok laks Channel 5 dr sgapore siar laks citer lagik ... Layan... So menengok kan keta 2 yg masyukkk aku pon nak citer la keta aper dia guna ari tu


So gambo nie kire scence memula diaorg racing so aku mula ngan mamat dari kiri tu:

1. Mamat paling kiri tu nama dia Orange Julius memakai keta Jenis Mazda RX-7 FD3S, memula kerek gak tapi takut nak terjun jambatan tu... nguwawawawawa.

2. Awek Jepun yang comei nie nama dia Suki, memandu keta Honda S2000 kaler pink. Kira awek racing la nie
3. Tengah2 tu hero dia, Brian O'Connor bekas LAPD keta untuk racing nie dia pakai Nissan Skyline GT-R R34.
4. Ujung kanan skali tu nama dia Slap Jack ... last 2 belango ngan papan iklan Pepsi gih gih gih ... nak tau keta dia??? Toyota Supra Mark IV RZ JZA80.

heran yea... smua keta Jepun tapi citer omputih sebab keta jepun murah kot...

Jumaat, 13 Mac 2009

Kita Manusia dan Tuhan

Ari nie aku terpanggil untuk kita sama-sama merenung sejenak yang kita kekadang (selalu kot) lebih mengagongkan manusia daripada Allah yang menjadikan manusia tersebut. So aku senaraikan beberapa perkara yang mungkin seringkali terlupa dan selalu buat.
1. Diam, berdiri tanpa hormat pada Lagu Kebangsaan tapi bila degar azan buat dek jer walhal kan ker azan tu lagi mulia dan merupakan kalimah-kalimah Allah.
2. Bila mengadap orang kenamaan atau sultan siap tempah suit baru tapi bila mengadap (sembahyang) kain pelikat ngan t-shirt pagoda pun jadik walhal Allah tu lagi Agong dari mereka.
3. Kita kagum melihat kekayaan, kecantikan manusia tetapi kita lupa memuji kebesaranNYa yang menciptakan mereka dan Maha Kaya dan Maha Cantik.

Isnin, 2 Mac 2009

Raja Lawak Musim Ke-3

Raja Lawak dah masuk ke acara kemuncaknya. Terbukti 3 peserta ke akhir Sepah, Jihan & Amir. Agak kecewa coz LnJ terkeluar dan bukannya Amir. Apa kena ye??? Dan aku dapat tahu Amir masih mendapat undian mencurah-curah. (korang nie reti nilai ke tidak?) Bukan nak memperkecilkan Amir yang kecil tapi sori to say "I'm sorry" Ramai peserta lain yang lebih layak daripada Amir. Tragedi bermula setelah terkuarnya Chot dan Am. Pastu paling trajis LnJ yang bagi aku merupakan pesaing terdekat Kumpulan Sepah. Tapi nak wat camner undi SMS.

Secaraperibadi aku rasa musim taun nie kuang menyengat berbanding musim ke 2. Tak ader lagi setanding Nabil dan kurang kreatif. Malah aku raser group lain pada musim ke 2 pun lagi hebat macam Cham, XN3, Ketampi malah kekdg Shah n pak tam tu kelakau gak. Awas pun ok mostly kat Mr Everything tu. Tapi musim nie ohhh......

Setelah melihat hampir keseluruh episod musim ini aku mengharapkan Kumpulan Sepah akan jadi champion... (iyalah Sms kan?) Sepah generally mainten kira dia org present mesti ada orang gelak. banyak lawak double meaning. Tapi paling aku tak leh tahan masa silent comedy. Si botak tu leh jerit "Tak Leh Capak la.....". Memang lawak terguling-guling. Imej muka pecah pintu (Bak kata Ibu fauziah Nawi) tapi kelakar. So good luck tu u all jawas.....
JIHAN... Awek nie makin lama ada kat raja lawak nie makin cun laks. Byk improvement dan tak leh tahan lawak pramugari tu... MANTOP... kelakau sioootttt... pakcik tu mengagau... pakcik... tandas kat tolet ngan muka selamba.. kalu dia ada idea yang mantap camtu aku pun tak kesah kalo Jihan menang... All the best Jihan.
AMIR..... Alamak camner mu leh ada kat final nie????? Opsss I'm soriii.... Memula mmg ramai peminat Amir... iyola muka babyface dan peserta lain pon kira tak sehebat mana. tapi bila nengok peserta yang lebih lawak dari mu terkuar aku mula rasa kureng skit kat mu coz mu tak der improvment. Mungkin Ibu Fauziah Nawi terlepas kecek kata smua ore suke kat mu masa Shamsul kata Aku Tak Suka Mu.... Alahai!!! Tak Der Lawak Boom dari mu ... smua biaser2 dan kebudak2an. Tok Lawok. Stail cam hapal skrip jer. Dan Mu sendirik cam give up minggu lepas. tapi LnJ gak mangsa. Bukan salah mu pun. apa-apa hal mu perlukan keajaiban untuk memuaskan ati peminat Raja Lawak dan bukan peminat mu.



Selasa, 17 Februari 2009

20 Billiorare Terkaya Di Malaysia

Kali ni aku nak senaraikan 20 orang terkaya kat Malaysia sehingga 16 Februari 2009 sebagaimana tersenarai dalam paper Business Times. Aku setakat makan roti bakar ngan seri kaya ok la.



Isnin, 16 Februari 2009

Geng : Pengembaraan Bermula


Semalam aku pi la City Square Johor Bahru untuk menonton filem tempatan yang ditunggu-tunggu tahun ini apa lagi kalau tak citer Geng: Pengembaraan Bermula. Ramai yang lebih kenal ngan ala Citer Upin dan Ipin. Aku perhatikan bukan kanak-kanak Melayu jer suka tapi ada gak Bangsa lain yang minat citer Upin dan Ipin nie. Bagus bagus. Ada skali aku jengok kedai DVD ada satu nyonya tu tanya "Itu celita Upin dan Ipin ada ka???". Tu la penangan citer Upin dan Ipin nie. Sapa kata local animator tak leh wat. Tabik kru Les Copaque... Lu olang mmg best. Skang pun aku tgh refresh balik nak blajo wat 3D hihihi.

Pada aku filem nie ok dan setanding ngan filem Disney and Pixar. Satu yang aku suka karekter dia diorang mmg jaga n ada fungsi. Contoh sekecil-kecil anak ayam tu pun diorg ader idea nak wat lawak. Anak ayam gelak terguling-guling. Lawak betul. Lagi satu korg mmg teliti contoh bukan background je korg jaga tapi sound background pon best untuk tambah mood. Cam scence dalam utan badrol ngan Lim berborak korg tambah voice Upin, Ipin n rajoo tgh ajak main. Effek pun leh tahan gak. Kecut bulu idung. Dari segi grafik mmg comel la..... Jaln citer pun ok tah meleret-leret simple. Sesuai la untuk famili kan. kang berbelit kang anak2 tanya payah gak mak bapak nak jawab.

Aku gak harap Upin dan Ipin akan jadik ikon baru untuk bebudak. ya lah daripada diorg kenal Shinchan ke Nobita atau karekter bebudak nakal lain baik diorg suka Upin dan Ipin... Nakal-nakal pun still hormat dan ikut cakap Kak Ros ngan Opah. Betul tak??? Betul betul...


Isnin, 12 Januari 2009

Israel Laknatullah

Masuk hari ini dah 17 hari Israel melancarkan serangan ke Bandar Gaza. Hampir seribu rakyat Palestin terkorban tak kira usia, status mahu pun jantina. Di dada akhbar rata-rata memaparkan kengerian tubuh manusia digenangi darah. Soalnya apa yang perlu dilakukan oleh kita kepada saudara mara kita di sana?? Kita mengharapkan agar pihak Muslim di Palestin mengulagi kejayaan tentera Hizbullah ke atas Russia semasa ingin menduduki bumu Afghanistan satu ketika dahulu. Soalnya bagaimana? Sudah tentu kembali kepada penyatuan umat dan bangsa Arab bersatu menumbangkan Israel dan sekutunya. Kembalikan semula bumi Palestin. Allahu Akbar....

Welcome Tu JB

Ari nie dah lebih seminggu aku ditukaukan ke JB. Mmmmm. Nice. Okla keje kat tempat baru. Cuma satu yg pelik dan baru kat sini slalu sangat xsiden. Beza masa aku kat KL walaupun banda beso kurang gak xsiden. Tapi kat JB nie kire tiap2 ari. Hai... Nauzubillah. Adakah Orang JB kurang berhati2 atau kurang cekap memandu (sori). Renung-renungkan dan selamat beramal.