Halaman

Jumaat, 23 Oktober 2009

Editing Video

Selasa n Rabu lepas aku baru lepas attend Kursus Digital Video Level 1. Cikgunya ex-classmate aku masa kat ITM. Kursus nie memperkenalkan tentang dunia kamera mostly untuk making video n sedikit pasal still photo. Aku tentang teknik shooting nie atau jenis-jenis cam nie kureng sikit. Maklumlah barang-barangnya mahal. Kamera digital pun x der. huhuhuhu. Ada promo offer pun aku bagi bagi kat adik aku. So untuk event dalam unit aku, aku la cameramannya. Tapi part yang paling best ialah masa editing. Aku adalah sikit basic pasal guna software editing nie dan adalah menghasilkan vcd untuk suka-suka. Dulu aku gunakan Cyberlink Power Director untuk edit assignment pertama aku pasal Ucapan Rayer unit aku. Kalau aku jumpa aku paparkan kat sini. Tak tau letak mana. maklumlah asyik pindah randah. Aku gunakan kamera Fuji Fine PIX. Kamera apa tu? Kamera digital biasa jer yang wat tangkap gambar tu. Ambik part tu sikit pastu tansfer kat komp. Delete. Shot la.. 3 minit . transfer. delete. Itu le keje. Ade unit laen ofer viewcam diorg. X reti guna lak so gunakan apa yg ader. Tapi pastu aku suka sesgt guna Sony Vegas Studio Movie coz nampak lebih canggih drp Power Director untuk aku edit shoting psl Sukna. Aku x puas ati wat citer nie coz byk kija n ramai yg push suruh siap cepat. Aku wat dalam 4 ari jer untuk duration 5 lagu. Hampeh tu. Coz aku pun bukan pro sgt. Nak upload gambo lagi .... isk isk .. Skang aku try laks Pinnacle Studio laks. Cam best gak. Nanti kalau menjadi aku uploadkan kat blog nie ok?????
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Khamis, 8 Oktober 2009

Benda-benda Yang Menjadi Pertikaian Indonesia Malaysia

Sebentar tadi aku melayari youtube nak tau apakah sebab sehingga rakyat Indonesia hingga sanggup berperang dengan Malaysia. Nak pertahankan apa?? Agama ke??? Rupa-rupanya benda-benda yang dikatakan dicuri (maling) oleh Malaysia.
1. Tempe - memang makanan org Jawa sini pun.
2. Rendang - kat Malaysia pun ada orang Minang.
3. Batik - perkataan sama tapi kain dan corak aku rasa jauh beza.
4. Arowana - ikan pun kira ker??
5. Lagu Negara Ku - lagu Terang Bulan dari Indonesia.
6. Lagu Rasa Sayang - lagu dari Kepulauan Maluku. (Singapura pun slalu main lagu nie)
7. Bahasa Melayu - kita kan dari rumpun yang sama so mmg bykla persamaan.
8. Tarian Pendet - kesilapan teknikal.

Begitulah kesahnya... Wallahualam

Bumi yang semakin uzur.

Di pertengahan Syawal ini begitu banyak kita dikejutkan dengan bencana dan malapetaka. Subhanallah. Filipina dan India dilanda banjir besar dan taufan. Indonesia dilanda gempa bumi kuat hingga mengorbankan ribuan penduduknya sehingga beberapa kampung lenyap dari muka bumi. Samoa pula dilanda tsunami hingga mengakibatkan beberapa pulau kecil lenyap.

Cuba kita renungkan pengajaran daripada bencana tersebut. Dengan sekelip mata sahaja Allah swt menghancurkan bumi sebagai peringatan kepada kita yang masih bernafas nie. Inikah tanda-tanda kiamat semakin hampir??? Kalau kita rujuk semua tanda-tanda kiamat kecil dah berlaku. Gempa bumi yang kerap. Penaklukan Baitulmaqdis, Zina yang berleluasa, mengagungkan orang yang sering melakukan maksiat, masjid dijadikan sebagai bahan pameran untuk bermegah-megah dan sebagainya. Ya Allah janganlah kau jadikan negara kami sebagai tempat kemurkaanMu Ya Allah. Lindungi kami agar kami tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Amin.
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Konfrantasi

Baru-baru hingga sekarang kita dikejutkan dengan konfrantasi Malaysia - Indonesia. Kononnya ianya akibat daripada rasa tak puas hati rakyat Indonesia akibat konunnya menciplak dan klim kata sebahagian budaya mereka seperti tarian pendet, batik dan sebagainya adalah berasal dari Malaysia. Akibatnya ada rakyat Indonesia yang terlebih emosi telah menubuhkan pasukan sukarelawan dikenali sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk mengayang Malaysia. 1 lagi isu ialah berkaitan perairan Ambalat disebabkan ianya menjadi rebutan kedua-dua negara kerana kawasan tersebut kaya dengan petroleum. Sungguh menyedihkan. Pihak media Indonesia pula seolah-olah cuba membakarkan lagi semangat rakyat mereka untuk mengayang Malaysia (Tengok sahaja di Youtube). Persoalannya apa yang mereka dapat dalam peperangan ini??? Kalau dari segi budaya laks... Bukankah kebanyakkan orang Melayu Malaysia dan Indonesia nie serumpun??? Aku sendiri ada keturnunan Aceh belah bapak aku dan may be Minang kot belah mak aku campur sikit ngan Cina. So sikit sebanyak budaya Aceh or Minang dari Indonesia turut diamalkan kat sini.
Macammanapun majoriti rakyat kedua-dua negara adalah beragama Islam. So ambil la iktibar dari akibat perpecahan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Nak kita jadi macam mereka sedangkan orang Yahudi dan musuh Islam ketawakan kita. Sememangnya itulah agenda mereka memecahbelahkan umat di rantau ini. Mereka tau mereka tak akan menang untuk menentang Islam tetapi Islam akan kalah jika umatnya sendiri bercakaran. Contoh terbaik ialah cubaan Soviet Union untuk menakluk Afghanistan yang ketika itu bersatu. Berapa puluh tahun gagal. Tetapi akibat perebutan kuasa, dengan mudah Amerika dapat menakluk mereka. So renungkanlah. Sesungguhnya perkambangan Islam di rantau ini amat membimbangkan musuh-musuh Islam ini. Jadi kita yang berpegang dengan kalimah Laillahailallah nie perlulah sentiasa bersedia dan tidak terpengaruh dengan mainan Yahudi ini. Semoga Allah memelihara kedua-dua negara ini. Amin.
Begitulah kesahnya... Wallahualam