Halaman

Jumaat, 11 Februari 2011

Tips Kereta Kena Banjir

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan banjir di selatan tanahair meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang. So bila bencana ini datang maka tak kurang banyak harta yang musnah dan rosak. Antaranya kenderaan. So di sini aku berikan tips seandainya kendereraan anda terlibat dalam banjir.

1. Bila banjir dah surut maka nampak la kereta anda. Apa nak buat? Tunggu... JANGAN HIDUPKAN KERETA ANDA. Wah konon enjin sejuk la nak panaskan enjin. Nanti... jangan dulu. Hantar kereta anda ke bengkel dulu dengan trak penunda. Pomen pun jangan sekali-kali bagi dia hidupkan enjin kereta anda. Kenapa? Sebabnya takut berlaku lintas pintas ketika anda menghidupkan enjin yang mungkin akibat terdapat lebihan air banjir tadi. tak pasal-pasal nak kena ganti termasuk IC atau kotak komputer.

Kos kotak komputer antara RM1k - 1.5k. mahal tu. Itu tak masuk lagi andai sensor tak berfungsi akan mengakibatkan alatan lain turut terjejas seperti kotak gear dan sebagainya. So Awas yea.

2. Sampai jer bengkel, buka semua compartment kereta termasuk penutup alat elektronik. Kira cam jemur la.
3. Cek plug. Ada berair tak? kalau ada maknanya enjin dah masuk air. Cek gak minyak injin dan petrol. kalau ada kena keringkan dulu, biasa makan 2 hingga 3 hari gak. Pastu hidupkan enjin. tapi AWAS jangan gatal masuk gear dan gerakan. Gear box tak cek lagi.

4. Kalau enjin leh stat. Alhamdulillah. Cek lak minyak gear. Kalau merah kira ok tak masuk air. Tapi kalau dah macam air bandung maknanya dah masuk air. Jangan minum laks. Kikikiki. Kalau tak masuk air tukar minyak. Tapi kalau tak tukar warna pun better tukar gak minyak tu. Untuk selamat. Try jalankan kereta dalam 2 - 5 minit. Pastu cek balik minyak. Ulang sampai minyak jadi kembali merah.

Kalau dah ok. Sekali lagi syukur. Ha... kan dah jimat belanja...

Tiada ulasan: