Jumaat, 2009 Oktober 23

Editing Video

Selasa n Rabu lepas aku baru lepas attend Kursus Digital Video Level 1. Cikgunya ex-classmate aku masa kat ITM. Kursus nie memperkenalkan tentang dunia kamera mostly untuk making video n sedikit pasal still photo. Aku tentang teknik shooting nie atau jenis-jenis cam nie kureng sikit. Maklumlah barang-barangnya mahal. Kamera digital pun x der. huhuhuhu. Ada promo offer pun aku bagi bagi kat adik aku. So untuk event dalam unit aku, aku la cameramannya. Tapi part yang paling best ialah masa editing. Aku adalah sikit basic pasal guna software editing nie dan adalah menghasilkan vcd untuk suka-suka. Dulu aku gunakan Cyberlink Power Director untuk edit assignment pertama aku pasal Ucapan Rayer unit aku. Kalau aku jumpa aku paparkan kat sini. Tak tau letak mana. maklumlah asyik pindah randah. Aku gunakan kamera Fuji Fine PIX. Kamera apa tu? Kamera digital biasa jer yang wat tangkap gambar tu. Ambik part tu sikit pastu tansfer kat komp. Delete. Shot la.. 3 minit . transfer. delete. Itu le keje. Ade unit laen ofer viewcam diorg. X reti guna lak so gunakan apa yg ader. Tapi pastu aku suka sesgt guna Sony Vegas Studio Movie coz nampak lebih canggih drp Power Director untuk aku edit shoting psl Sukna. Aku x puas ati wat citer nie coz byk kija n ramai yg push suruh siap cepat. Aku wat dalam 4 ari jer untuk duration 5 lagu. Hampeh tu. Coz aku pun bukan pro sgt. Nak upload gambo lagi .... isk isk .. Skang aku try laks Pinnacle Studio laks. Cam best gak. Nanti kalau menjadi aku uploadkan kat blog nie ok?????
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Khamis, 2009 Oktober 08

Benda-benda Yang Menjadi Pertikaian Indonesia Malaysia

Sebentar tadi aku melayari youtube nak tau apakah sebab sehingga rakyat Indonesia hingga sanggup berperang dengan Malaysia. Nak pertahankan apa?? Agama ke??? Rupa-rupanya benda-benda yang dikatakan dicuri (maling) oleh Malaysia.
1. Tempe - memang makanan org Jawa sini pun.
2. Rendang - kat Malaysia pun ada orang Minang.
3. Batik - perkataan sama tapi kain dan corak aku rasa jauh beza.
4. Arowana - ikan pun kira ker??
5. Lagu Negara Ku - lagu Terang Bulan dari Indonesia.
6. Lagu Rasa Sayang - lagu dari Kepulauan Maluku. (Singapura pun slalu main lagu nie)
7. Bahasa Melayu - kita kan dari rumpun yang sama so mmg bykla persamaan.
8. Tarian Pendet - kesilapan teknikal.

Begitulah kesahnya... Wallahualam

Bumi yang semakin uzur.

Di pertengahan Syawal ini begitu banyak kita dikejutkan dengan bencana dan malapetaka. Subhanallah. Filipina dan India dilanda banjir besar dan taufan. Indonesia dilanda gempa bumi kuat hingga mengorbankan ribuan penduduknya sehingga beberapa kampung lenyap dari muka bumi. Samoa pula dilanda tsunami hingga mengakibatkan beberapa pulau kecil lenyap.

Cuba kita renungkan pengajaran daripada bencana tersebut. Dengan sekelip mata sahaja Allah swt menghancurkan bumi sebagai peringatan kepada kita yang masih bernafas nie. Inikah tanda-tanda kiamat semakin hampir??? Kalau kita rujuk semua tanda-tanda kiamat kecil dah berlaku. Gempa bumi yang kerap. Penaklukan Baitulmaqdis, Zina yang berleluasa, mengagungkan orang yang sering melakukan maksiat, masjid dijadikan sebagai bahan pameran untuk bermegah-megah dan sebagainya. Ya Allah janganlah kau jadikan negara kami sebagai tempat kemurkaanMu Ya Allah. Lindungi kami agar kami tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Amin.
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Konfrantasi

Baru-baru hingga sekarang kita dikejutkan dengan konfrantasi Malaysia - Indonesia. Kononnya ianya akibat daripada rasa tak puas hati rakyat Indonesia akibat konunnya menciplak dan klim kata sebahagian budaya mereka seperti tarian pendet, batik dan sebagainya adalah berasal dari Malaysia. Akibatnya ada rakyat Indonesia yang terlebih emosi telah menubuhkan pasukan sukarelawan dikenali sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk mengayang Malaysia. 1 lagi isu ialah berkaitan perairan Ambalat disebabkan ianya menjadi rebutan kedua-dua negara kerana kawasan tersebut kaya dengan petroleum. Sungguh menyedihkan. Pihak media Indonesia pula seolah-olah cuba membakarkan lagi semangat rakyat mereka untuk mengayang Malaysia (Tengok sahaja di Youtube). Persoalannya apa yang mereka dapat dalam peperangan ini??? Kalau dari segi budaya laks... Bukankah kebanyakkan orang Melayu Malaysia dan Indonesia nie serumpun??? Aku sendiri ada keturnunan Aceh belah bapak aku dan may be Minang kot belah mak aku campur sikit ngan Cina. So sikit sebanyak budaya Aceh or Minang dari Indonesia turut diamalkan kat sini.
Macammanapun majoriti rakyat kedua-dua negara adalah beragama Islam. So ambil la iktibar dari akibat perpecahan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Nak kita jadi macam mereka sedangkan orang Yahudi dan musuh Islam ketawakan kita. Sememangnya itulah agenda mereka memecahbelahkan umat di rantau ini. Mereka tau mereka tak akan menang untuk menentang Islam tetapi Islam akan kalah jika umatnya sendiri bercakaran. Contoh terbaik ialah cubaan Soviet Union untuk menakluk Afghanistan yang ketika itu bersatu. Berapa puluh tahun gagal. Tetapi akibat perebutan kuasa, dengan mudah Amerika dapat menakluk mereka. So renungkanlah. Sesungguhnya perkambangan Islam di rantau ini amat membimbangkan musuh-musuh Islam ini. Jadi kita yang berpegang dengan kalimah Laillahailallah nie perlulah sentiasa bersedia dan tidak terpengaruh dengan mainan Yahudi ini. Semoga Allah memelihara kedua-dua negara ini. Amin.
Begitulah kesahnya... Wallahualam

Khamis, 2009 Jun 11

Lagi Kisah Kebesaran Allah

Seorang budak lelaki dari keluarganya kristian dan tidak tahu bahasa arab,

Di awal usia 4 tahun dia dapat dapat satu perkataan dari mimpi.. seorang lelaki yang pakai baju warna putih dan berdiri di bawah pokok. dan diajarkan kepadanya segala galanya tentang islam yang sebenar yang diajar oleh rasulullah s.a.w...

Anak kecil ini telah menerangkan kepada semua org siapa itu Allah dan tidak boleh meyekutukan Allah. Dia juga telah berceramah kepada masyarakat sekitar akan maksud Islam yang sebenarnya. Selepas kejadian itu keluarganya dan semua orang yang melihat kejadian itu telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam dan beriman kepada Allah.

http://www.youtube.com/watch?v=2bl029UoLg8

Begitulah kesahnya... Wallahualam

Budak 5 Tahun jadi Ustaz Muda

Subhanallah ... Maha Suci Allah
Sedang aku melayari laman-laman web maklumlah keja dah selesai aku terjumpa artikel yang agak menarik tentang seorang budak umur 1 tahun dia telah pandai membaca quran dan dia boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Perancis, Arab dan Swahili tanpa pergi belajar walaupun bukan graduan. Ianya baru umur 1 tahun kan. baru pandai cakap. Yang menakjubkan lagi ayat pertama yang diucapkan adalah " kalau kamu beriman kamu akan diterima oleh Allah" yang dicakap dalam Bahasa Arab padahal dia bukan lah Org Arab. Orang Afrika tak salah aku. Dia juga hafiz Quran dan menghafal semua maksud Quran pada umurnya baru 1 tahun setengah dan dia juga sembahyang 5 waktu sehari pada waktu itu..

http://www.youtube.com/watch?v=GKIJriszJB0&feature=PlayList&p=BABD43543D41E5D5&playnext=1&playnext_from=PL&index=9

kendian aku terpikir kalolah budak ni dapat datang dan bagi ceramah kat Malaysia kan bagus daripada kecoh-kecoh kecewa konon Cristiano Ronaldo tak dapat datang Malaysia. Kan ke hebat?????

Nostalgia 80an

Masa sekolah rendah dulu tu gi sekolah jalan kaki ramai-ramai pakai seluar biru pendek... isk isk isk

Ada program kesihatan gigi so kenala berus gigi time dengan pegang cawan kaler kaler mencangkung kat tepi parit ..... isk isk isk

Kena cubit, rotan kat tangan, kat punggung biaser jer... tu wat bebudak jadi pandai dan tau hormat orang... ngadu le kat mak bapak kena lagi ada la.....

Bawak wit 50 sen pun dah kenyang mee goreng 30 sen air 20 sen... errrrp...

Great Wall, emporium shopping complek popular.

TV itam putih... komputer??? menatang apa tu???

Tipon main pusing-pusing tapi masa tu dah ada public pon dail tekan tekan.

Citer popular kat tv?? Of course Incredible Hulk, Six Million Dollar Man, Bionic Women, Air Wolf, Blue Thunder, Different Stroke sekarang pun banyak dah remake balik.

Movie??? Masa dah skolah menengah ada gak nengok Rambo, Crocodile Dundee, Indiana Jones

kalo kartun laks - Captain Future, Thundercats, Scobby Doo, Voltron, Transformer

Time skolah menengah dressing rambut belah tengah ada ramos ala-ala duran duran seluar bawah kecik giler, kasut high cut cap warrior kikikikikiki Kalo pakai tie laks mesti alter kasik kecik nyer... Rock babey

CD? MP3? i-pod? apo tu?? Kaset la ngan radio tekan punat kat atas. Pusing tape pakai pen... nguwawawawawawa...

Playstation?? i-box?? Aked game la... tuing tuin street fighter.. tak pon super mario....

Jajan?? faverite ceklot ding dang, cikedis, mamee, kiki bumblee gum ada mainan di dalam ....
lagi ais krim malaysia....

Slalu gak main tikam kat kantin beli asam jeruk...

kalo sekolah rendah masa pj fav game rounders... bebudak skang tau ker???

games waktu senggang .... main guli, tudung lamnet (tudung botol air gas), polis sentri apa lagi tah...


Begitulah kesahnya... Wallahualam