Halaman

Khamis, 3 Februari 2011

Kursus Perancangan Bandar di Politeknik

SIJIL PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
SINOPSIS
Kursus ini bertujuan melatih pelajar memahami dan mendalami proses perancangan bandar dan wilayah di negara ini. Pelajar akan dilatih agar menguasai pelbagai kaedah perancangan dengan menggunakan alatan konvensional dan alatan terbantu komputer. Mata pelajaran yang diajar termasuk Grafik dan Kerja Perancangan, Rekabentuk Landskap, Teori Perancangan, Teknik Perancangan, Lukisan Kejuruteraan, Aplikasi Komputer, CADD, Ukur Kejuruteraan, Sistem Maklumat, GIS Asas, Sains Persekitaran dan Statistik Gunaan. Peluang pekerjaan boleh didapati di jabatan kerajaan seperti Majlis Perbandaran dan firma-firma perunding perancang sebagai Juruteknik Perancangan. Pelajar juga boleh menggunakan ‘platform’ ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti.

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah

Sumber : politeknik.edu.my

0 ulasan: