Halaman

Selasa, 11 November 2008

Nama kereta

Berikut aku senaraikan dari mana kereta-kereta tu dapat namanya:

1. Toyota - dari founder dia Kiichiro Toyoda.

2. Honda - pun dari founder dia Soichiro Honda.

3. Kia - berasal dari perkataan Korea bermaksud datang dari Asia

4. Mercedes Benz - sempena nama pencipta kereta terawal Karl Benz.
5. Hyundai - berasal dari perkataan Korea bermaksud permodenan.
6. Ferari - sempena dari founder dari Itali Enzo Ferari.

7. BMW - Singkatan kepada syarikat Jerman - Bayerische Motoren Werke

8. Volvo - berasal dari Bahasa Sweden bermaksud Ku pandu


9. Renault - berasal dari founder berasal dari Perancis Louis Renault.


10. Fiat - berasal dari akronim Fabbrica Italiana Automobili Torino atau Kilang Automobil Itali di Turin.
11. Subaru - dari perkataan Jepun bermaksud Bersatu.

12. Proton - singkatan Perusahaan Otomobil Nasional.


13. Perodua - singkatan Perusahaan Otomobil Kedua.

14. Tata - ambil sempena founder dia dari India Jamshettji Tata.
15. Ford - pun dari pencipta kereta terkenal dari Amerika Henry Ford.
16. Alfa Romeo - berasal dari akronim Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau Kilang Automobil Lombard tang Romeo tu tak tau laks.

17. Peugeout - Sempena nama Keluarga Peugeout yang berasal dari Perancis.
18. Volkswagen - Berasal daripada perkataan Jerman bermaksud `kereta orang ramai'
19. Lamborghini - Pun sempena nama pengasas dia dari Itali Ferrucio Lamborghini.
20. Mitsubishi - berasal daripada perkataan Jepun mitshu (tiga) dan bishi (kebenaran) itu pasal logo dia ada 3 diamond atau rombus yang bercantum tu.

21. Porsche - Kereta buatan Jerman sempena nama pengasasnya Ferdinand Porshe.

22. Citroen - Kereta buatan Perancis sempena nama pengasa gak Andre Citroen
23. Chevrolet - Sempena nama pemandu kereta lumba berbangsa Swiss - Perancis Louis Chevrolet.
24. Nissan - singkatan kepada nama Syarikat Nippon Sangyo (Industri Jepun) yang digunakan sdi Bursa Saham Tokyo

Tiada ulasan: