Halaman

Khamis, 3 Februari 2011

Syarat dan Kelayakan Pen. Peg. Perancang Bandar & Desa Di Sektor Awam

Jawatan : Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
Gred : J29
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/
Jabatan Perancang Bandar dan Desa
Jadual Gaji :

P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90

Syarat Lantikan:

i) Diploma dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Membantu Pegawai Perancang Bandar dan Desa di dalam menyediakan laporan teknikal serta pelan tata-atur bagi perancangan guna tanah serta menyelia kerja-kerja luar dan menyediakan laporan bagi membantu di dalam penyediaan kajian rancangan pembangunan.

Sumber : spa.gov.my

Tiada ulasan: