Halaman

Sabtu, 29 Januari 2011

Ulasan Raja Lawak 5 Minggu Ke 4



Tema : Cinta
Mentor : Ahmad Idham

Untuk minggu ke 4 ni tema lawak ialah tentang cinta. So ini ranking bagi pendapat aku la. So kalau saper tak bersetuju tu sori la ye... kikikikiki

9. Kopi O



Semenjak dari minggu pertama lagi aku masih tak paham lawak yang nak disampaikan olah 2 org mamat dari Rompin nie. Bakat diorg ni lebih pada tarian dari lawak kot. Kekuatan lebih pada memek muka Black ajer tapi malang kekurangan idea. Akhirnya tersingkir pada malam ini yang bagi aku sesuai. Sori bro.


8. Leman
Prestasi Leman semakin menurun pada minggu-minggu kebelakangan nie. Awat cek? Malam tadi nampak sangat beliau kekurangan idea. Idea pun biasa jer kena pelakung ngan bini. Mungkin lawak orang kampung bela lembu dan toreh getah lebih sesuai dengan karekter Leman.

7. Pukaw



Cuba menonjolkan cerita cinta hantu tapi malang tak menjadi. Kumpulan terlalu bergantung kepada kecik untuk jadi killer. Cuba menengahkan konsep lawak kasar ala Sepah dengan menjadikan Kecik sebagai sasaran tapi malangnya lawak tak sampai.

6. Epy


Anak muda yang baru abis sekolah dari Kodiang nie pada mulanya berpotensi untuk jadi top 3 finalist Raja Lawak. Boleh melakonkan karekter dengan baik. Tapi sejak minggu 3 dan 4 ni prestasinya down sampai Sathya tanya `awak nak balik ke?'. Lawak budak tadika bercinta tak sesuai walaupun nabil penah guna idea ni masa grand final dulu.

5. Balas



Memula hingatkan mamat nie dari Sabah rupanya dari Penang. Tahun ni agak ramai peserta dari utara. Konsep lawak masih mengekalkan konsep ala-ala melayu celup Tom and Jerry. Ada la lawak sikit-sikit.

4. Lucky




Kekuatan Lucky banyak bergantung kepada abang berbadan besar Bo. Teknik menyamar dia agak menjadi. Aku rasa banyak pengaruh Senario digunakan. Malam tadi menggunakan konsep lawak ala bangsawan. Kira ok la ada peningkatan.

3. Man
Peserta yang berpotensi ke Grand Final jika berjaya mengekalkan momentumnya. Prestasi ada peningkatan walaupun lawak dia macam kita biasa jer jumpa. Contoh minggu lepak tiru Eric Leong dan Nasir Bilal Khan seakan pernah dilakukan peserta RL musim 2, Shah mamat dari Kedah cuma bukan Eric Leong tapi Nordin Ahmad. Stail Along malam tadi gak ingatkan lawak Gengter dari Alex cuma temanya retro. Tak per Man try ur best.

2. Nazmi

Adik David Teoh nie merupakan antara fav sebagai Raja Lawak. Mengegar sejak minggu pertama denga lawak lupanya dan dahsyatnya. Lawak yang simple dengan hanya bermain dengan tagline tertentu sahaja. Namun agak bahaya gak. Intosi percakapan banyak membantu Nazmi untuk buat orang gelak. Minggu ini mencipta tagline Sayang kau tipu-tipu aku lagi. Tapi minggu agak kekurangan idea berbanding minggu lepas sebagai david teoh.

1. R2

Saingan terdekat Nazmi. Diberikan standing ovation pada minggu nie. Kekuatan banyak bergantung pada Aim. Mula menggegar pada minggu ke 2 dengan lawak orang gilanya. Konsep selamba menjadi taruhan. Minggu nie cerita lawak bomoh. Agak menjadi gak. Tapi teringat lawak bomoh penah dulu ditampilkan oleh kumpulan XN3 dan kumpulan Ketampi.

So geng amacam setuju ke dengan ranking yang aku bagi nie? Kepada peserta try cuba yang terbaek. Ok?


Tiada ulasan: