Halaman

Ahad, 30 Januari 2011

Pilihanraya Tenang

Hari ini merupakan hari untuk mengundi bagi pilihanraya Kecil DUN Tenang. Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember yang lalu. Pertandingan 1 lawan 1 ini adalah di antara bekas pentadbir tanah daaerah Segamat Mohd Azahar Ibrahim atau dikenali dengan Tok Ai di kalangan masyarakat setempat mewakili BN dengan calon PAS Normala Sudirmala, bekas guru. Berdasarkan blog-blog meramalkan BN akan menang di kawasan. Bagaimanapun kita tunggukan keputusannya pada malam nanti. Diharap pengundi di DUN Tenang akan membuat pilihan yang terbaik untuk mereka.

Tiada ulasan: