Halaman

Rabu, 22 Oktober 2008

Tip Penjimatan Petrol

Banyak perkara yang boleh dibuat dalam usaha mengurangkan penggunaan petrol. Mungkin kita tidak sedar teknik pemanduan serta faktor persekitaran menambah penggunaan bahan api, sedangkan ada cara tertentu jika diikuti boleh menjimatkan minyak secara total. Tip menjimatkan minyak yang praktikal dan logik ialah:
Elak menyimpan barangan yang bukan keperluan dalam kereta. Barangan seperti kasut, beg, pakaian, kerusi roda kanak-kanak dan kelengkapan sukan sering disimpan dalam kereta sedangkan ia hanya menambah berat kenderaan. Pastikan jumlah barangan tidak melebihi 150 kilogram.
Periksa tekanan udara pada tayar sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Tip yang perlu dipelajari ialah pastikan tekanan udara tayar berada di tahap normal. Tekanan udara berlebihan akan menyebabkan pemanduan tidak selesa manakala tekanan udara yang kurang akan menambah geseran tayar di permukaan jalan.
Lakukan penyelenggaraan servis kenderaan tepat masanya. Sebaiknya, kenderaan diservis setiap 5,000 kilometer atau tiga bulan sekali. Cara ini memastikan jangka hayat enjin berada pada tahap terbaik.
Jangan memandu terlalu laju kerana ia meningkatkan penggunaan bahan api.
Pastikan gear kenderaan sesuai dengan pemanduan. Panduan terbaik membeli kereta baru di pasaran? Membeli kereta ini bukanlah seperti membeli makanan. Ia bukan murah. Justeru, penting untuk kita fikir apakah yang terbaik sebelum membuat keputusan. Bukan saja faktor harga, pertimbangan lain juga harus diteliti seperti kelasakan, jangka hayat kenderaan itu sendiri serta potensi harga jual semula apabila tiba masanya.

Tiada ulasan: