Penyerang Liverpool Fernando Toress akhirnya bersetuju untuk berhijrah ke Chelsea dengan bayaran perpindahan tertinggi bagi sebuah kelab Inggeris iaitu sejumlah 50 pound. Selepas menandatangani kontrak selama 5 setengah tahun, Torres dilaporakan dalam laman web rasmi Chelsea berkata "Saya amat gembira dengan penghijrahan ke Chelsea dan akan sentiasa berusaha untuk membantu rakan-rakan seperjuangan musim ini dan musim-musim akan datang"
"Perlawanan menentang Chelsea sering kali menjadi perlawanan yang hebat semenjak kedatangan saya ke England dan tidak dapat dilupakan. Saya juga sedar terdapat ramai pemain hebat di kelab ini dan akan berusaha untuk mendapat tempat di kelab ini. Saya berharap akan dapat menjaringkan seberapa banyak gol penting untuk memastikan penyokong akan terhibur pada musim ini".""
Pengerusi Chelsea Bruce Buck berkata: "Hari ini merupakan hari istimewa untuk Chelsea dengan mendapat salah seorang pemain terbaik dunia pada tahun tahun-tahun kemuncak beliau"
"Kami telah lama tertarik dengan bakat-bakat pemain yang telah terbukti sebagai penjaring yang berbakat dalam bolasepak Inggeris dan kehadiran Fernando merupakan petanda ke arah misi yang berterusan."
Ketua Eksekutif Ron Gourlay menambah: "Menandatangani pemain berstatus seperti Fernando Torres akan mendatangkan keuntungan kelab ke tahap yang lebih tinggi."
"Carlo Ancelotti patut untuk menggunakan bakatnya ke dalam skuad bagi memastikan cita-cita untuk menjulang 3 trofi kejuaraan pada musim ini tercapai."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan