Halaman

Khamis, 23 Oktober 2008

Kereta Tahun Ini (Car of The Year) - Jepun

Kat sini aku senaraikan kereta yang telah memenangi anugerah tahunan Car of the Year bagi negara Jepun.

2007 - 2008 - Honda Fit (kat sini dikenali sebagai Honda Jazz)

2006 - 2007 - Lexus LS

2005 - 2006 - Mazda MX5

2004 - 2005 - Honda Legend (kat US dipanggil Acura Legend)

2003 - 2004 - Subaru Legacy

2002 - 2003 - Honda Accord (juga dikenali sebagai Honda Aspire atau Acura TSX)

- ada assemble kat Alor Gajah, Melaka.

2001 - 2002 - Honda Fit lagik

2000 - 2001 - Honda Civic

1999 - 2000 - Toyota Vitz (kat sini panggil Toyota Yaris atau Toyota echo kat Kanada)

1998 - 1999 - Toyota Altezza (juga dikenali sebagai Lexus IS 200 atau Lexus IS 300)

1997 - 1998 - Toyota Prius

1996 - 1997 - Mitsubishi Galant (dikenali juga sebagai Mitsubishi Aspire atau Mitsubishi Legum)


1995 - 1996 - Honda Civic

1994 - 1995 - Mitsubishi FTO

1993 - 1994 - Honda Accord LX Sedan (juga dikenali sebagai Isuzu Aska atau Honda Asscot Inova)

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.


Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.


“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Sumber : Berita harian

Rabu, 22 Oktober 2008

Proton Perdana Baru



Nie laks Proton Perdana baru. Amacam Cun nggak??




Proton MPV



Tengah dok search aku trjumpe gambo keta MPV Proton. nengok le gambo nyer. Ok tak??? Ok leerrrr
Camni le ruper proton MPV tu apa agaknyer namanya ye

Pandangan belakang

Pandangan Sisi

Sumber : http://www.motortrader.com.my/asp/forum/topic.asp?TOPIC_ID=29307

Harga Kereta

Aku listkan harga terbaru keta kat malaysia dlm RM tau....
PROTON GEN.2 1.3 (A) - 46,899.54
PROTON GEN.2 1.6 (A) - 55,234.32
PROTON GEN.2 1.6 (M) - 51,510.66
PROTON GEN.2 1.6 H-LINE (A) - 58,919.46
PROTON GEN.2 1.6 H-LINE (M) - 55,933.33
PROTON PERDANA 2.0 V6 (ENHANCED 3) (METALLIC) - 101,500.25
PROTON PERSONA 1.6L B-Line (Metallic) - 45,449.00
PROTON PERSONA 1.6L B-Line (Metallic) - 48,449.00
PROTON PERSONA 1.6L B-Line (Solid) - 47,999.00
PROTON PERSONA 1.6L B-Line (Solid) - 44,999.00
PROTON PERSONA 1.6L H-Line (Metallic) - 55,800.00
PROTON PERSONA 1.6L M-Line (Metallic) - 49,800.00
PROTON PERSONA 1.6L M-Line (Metallic) - 52,800.00
PROTON SAGA 1.3L (A) M-Line Metallic - 39,998.00
PROTON SAGA 1.3L (A) M-Line Solid - 39,548.00
PROTON SAGA 1.3L (M) B-Line Metallic -37,998.00
PROTON SAGA 1.3L (M) M-Line Metallic - 37,498.00
PROTON SAGA 1.3L (M) M-Line Solid - 37,048.00
PROTON SAGA 1.3L B-Line (A) Solid - 37,548.00
PROTON SAGA 1.3L B-Line (M) Metallic - 34,998.00
PROTON SAGA 1.3L B-Line (M) Solid -34,548.00
PROTON SAGA 1.3L N-Line - 31,500.00
PROTON SATRIA NEO 1.3 (A) - 46,500.00
PROTON SATRIA NEO 1.3 (M) -43,500.00
PROTON SATRIA NEO 1.6 (A) -51,500.00
PROTON SATRIA NEO 1.6 (M) -48,500.00
PROTON SATRIA NEO 1.6 H-LINE (A) -54,800.00
PROTON SATRIA NEO 1.6 H-LINE (M) -51,800.00
PROTON WAJA 1.6 (A) CAMPRO - 59,899.23
PROTON WAJA 1.6 (M) CAMPRO -56,665.85


PERODUA MVVI 1.3SXI (PREMIUM) (M) - 45,932.40
PERODUA MYVI 1.0SR (M) -38,934.10
PERODUA MYVI 1.0SR (M) (METALLIC) -39,457.30
PERODUA MYVI 1.3EZ (PREMIUM) (A) -48,812.40
PERODUA MYVI 1.3EZ (PREMIUM) (A) (METALLIC) -49,335.60
PERODUA MYVI 1.3EZ (STD) (A) -45,932.40
PERODUA MYVI 1.3EZ (STD) (A) (METALLIC) -46,455.60
PERODUA MYVI 1.3SXI (PREMIUM) (M) (METALLIC) -46,455.60
PERODUA MYVI 1.3SXI (STD) (M) -43,027.40
PERODUA MYVI 1.3SXI (STD) (M) (METALLIC) -43,550.60
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 M/T (Solid) -49,900.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 M/T (Metallic) -50,400.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 M/T (Special Metallic) -50,800.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 A/T (Solid) -52,900.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 A/T (Metallic) -53,400.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 A/T (Special Metallic) -53,800.00
PERODUA VIVA 1.0L EZ (Metallic) -40,200.00
PERODUA VIVA 1.0L EZ (Solid) -39,800.00
PERODUA VIVA 1.0L EZi Premium (Metallic) -44,200.00
PERODUA VIVA 1.0L EZi Premium (Solid) -43,800.00
PERODUA VIVA 1.0L SX (Metallic) -37,200.00
PERODUA VIVA 1.0L SX (Solid) -36,800.00
PERODUA VIVA 1.0L SXi Premium (Metallic) -41,200.00

HONDA Price list

HONDA ACCORD 2.0L VTI - 136,800.00
HONDA ACCORD 2.4L VTI-L - 159,800.00
HONDA ACCORD 3.0L V6 -212,800.00
HONDA CITY 1.5L I-DSI -79,800.00
HONDA CITY 1.5L VTEC -84,800.00
HONDA CIVIC 1.8S I-VTEC -113,800.00
HONDA CIVIC 2.0S I-VTEC -124,800.00
HONDA CR-V 2.0L I-VTEC - 147,800.00
HONDA JAZZ 1.5L I-DSI -94,800.00
HONDA JAZZ 1.5L VTEC -103,800.00
HONDA ODYSSEY 2.4L I-VTEC -236,800.00
HONDA STREAM 1.8 i-VTEC - 149,800.00

TOYOTA VIOS 1.5S - RM 88,325.00
TOYOTA VIOS 1.5G - RM85,025.00
TOYOTA VIOS 1.5E -RM79,845.00
TOYOTA VIOS 1.5J (A) - RM75,525.00
TOYOTA VIOS 1.5J (MT) - RM69,825.00




Tip Penjimatan Petrol

Banyak perkara yang boleh dibuat dalam usaha mengurangkan penggunaan petrol. Mungkin kita tidak sedar teknik pemanduan serta faktor persekitaran menambah penggunaan bahan api, sedangkan ada cara tertentu jika diikuti boleh menjimatkan minyak secara total. Tip menjimatkan minyak yang praktikal dan logik ialah:
Elak menyimpan barangan yang bukan keperluan dalam kereta. Barangan seperti kasut, beg, pakaian, kerusi roda kanak-kanak dan kelengkapan sukan sering disimpan dalam kereta sedangkan ia hanya menambah berat kenderaan. Pastikan jumlah barangan tidak melebihi 150 kilogram.
Periksa tekanan udara pada tayar sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Tip yang perlu dipelajari ialah pastikan tekanan udara tayar berada di tahap normal. Tekanan udara berlebihan akan menyebabkan pemanduan tidak selesa manakala tekanan udara yang kurang akan menambah geseran tayar di permukaan jalan.
Lakukan penyelenggaraan servis kenderaan tepat masanya. Sebaiknya, kenderaan diservis setiap 5,000 kilometer atau tiga bulan sekali. Cara ini memastikan jangka hayat enjin berada pada tahap terbaik.
Jangan memandu terlalu laju kerana ia meningkatkan penggunaan bahan api.
Pastikan gear kenderaan sesuai dengan pemanduan. Panduan terbaik membeli kereta baru di pasaran? Membeli kereta ini bukanlah seperti membeli makanan. Ia bukan murah. Justeru, penting untuk kita fikir apakah yang terbaik sebelum membuat keputusan. Bukan saja faktor harga, pertimbangan lain juga harus diteliti seperti kelasakan, jangka hayat kenderaan itu sendiri serta potensi harga jual semula apabila tiba masanya.

Terapi Solat

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptaNya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Sumber : Berita Harian 22 Oktober
Cetak artikel Hantar pada kawan

Perhimpuan Hari Raya JPBD

Semalam merupakan hari raya Jabatan aku. Aku kena jager multimedia. Jadi bidan terjun. huhuhuhu. Alhamdullilah semua berjalan lancar. Makanan?? Memang banyak. nasi briani, sate, cendol. air oren, tah haper lagi tah... Cekelat ferro rosel??? syukur aku dilahirkan di Malaysia. Ramai yang mati sebab terlebih makan bukan cam setengah2 negara tu... isk isk.. Terharu dengan pemergian 1 of our staff .Allahyarhamah Puan Abriza Mohamad yang telah pulang ke Rahmatullah. Al-fatihah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..

Isnin, 20 Oktober 2008

Cikgu Kena Belasah

Baru-baru kita dikejutkan dengan peristiwa pelajar pompuan membelasah guru. Kurang ajar betul rasanya. Yang lebih mengeramkan lagi ialah yang belasah tu budak pompuan form 2 laks. Ceh gangster betol bebudak skang. Aku tak tau mana silapnya. Adakah kerana guru kurang perihatin?Ibu bapa yang terlalu memanjakan anaknya? atau akibat dunia tanpa sempadan skang. Pengalaman aku sebagai pendidik dahulu pernah berhadapan dengan remaja yang semakin kurang ajar. Aku lebih berpendapat didikan dari rumah adalah yang paling penting. Jangan harapkan guru jer nak ajar anak kita. Susah woo. kekadang kat umah sewa aku kat kl nie aku tengah bebudak umur 4 - 5 tahun dah pandai maki-maki orang bodoh bangang tanpa ditegur oleh mak bapa dia malah seolah menggalakkan lagi. bagi remaja perempuan laks selamba jer mencarut dengan kuat tanpa segan silu depan orang ramai. isk isk isk. Kalau masa aku kecik-kecik kat kampung dulu dah lama kena belasah ngan mak bapak aku. HAI.. Sikap tak kisah dan hal aku aku hal kau kau juga menyebabkan berlaku krisis nie... hai apa nak jadik tah.. camner le ngan generasi akan datang??? Nauzubillah.....

Jumaat, 3 Oktober 2008

Wayang Coming Soon

9 Oktober 2008

  • FURY









Bahasa
Thailand

Klasifikasi 18SG
Tempoh 1 hour 30 minutes
Pengarah Prachya Pinkaew
Pelakon Yanin Vismitananda, Ammara Siripong, Hiroshi Abe.
Kisah seorang awek yang power kuntau wachaa untuk menyelamatkan mak dia daripada ah long. Manyak utang maa....

STEP BROTHER



Bahasa
Inggeris
Klasifikasi N/A
Tempoh N/A
Pengarah Adam Mckay
Pelakon Will Ferrell, John C Reilly

Brennan Huff, 39 tahun seorang pekerja yang rajin tinggal bersama ibunya , Nancy. Dale Doback, 40 tahun baru sahaja dipecat tinggal bersam

a

bapanya, Robert. Apabila Robert dan Nancy berkahwin dan berpindah maka Brennan dan Dale turut tinggal bersama sebagai saudara tiri. Pelbagai insiden berlaku disebabkan perbezaan karekter 2 beradik tiri ini yang menyebabkan pelbagai insiden lucu disebabkan sifat kebudak-budakan mereka.

THE HOUSE BUNNY







Bahasa
English
Klasifikasi N/A
Tempoh N/A
Pengarah Fred Wolf
Pelakon Anna Faris, Katherine McPhee, Emma Stone.

Shelley Darlington, a Playboy Bunny berpendapat bahawa apa yang dikehendaki lelaki ialah sifat dalaman wanita.


THE DISASTER MOVIE














Bahasa
English
Klasifikasi N/A
Tempoh N/A
Pengarah Jason Friedberg and Aaron Seltzer.
Pelakon
Matt Lanter, Vanessa Minnillo, Carmen Electra, Kim Kardashian.

DISASTER MOVIE, filem genre spoof terbau daripada penerbit Scary Movie dan Epic Movie, mengisahkan pengembaraan Will dan sahabat baiknya Calvin, Lisa dan Juney menyelamatkan diri dari Bandaraya New York City yang dilanda gempa bumi. Asteroids, puting beliung dan ribut salji melanda dalam satu malam. Semuanya bermula dari mimpi ngeri Will mengenai misteri tengkorak kristal yang meramalkan kemusnahan dunia. Destinasi mereka adalah di Muzium Sejarah di mana teman wanita Will, Amy bekerja dan Tengkorak Kristal Aztec yang menyamai mimpi Will perlu diletakkan untuk mengelkkan bencana.

Antara filem yang dispoofkan ialah IRON MAN, THE INCREDIBLE HULK, THE DARK KNIGHT, WANTED, GET SMART, KUNG FU PANDA, ALVIN AND THE CHIPMUNKS and INDIANA JONES AND THE KINGDOM OF THE CRYSTAL SKULL.

Manusia Makin Kejam & Jahil

Dalam berita semalam ada kisah yang menyayat hati pon ader tak masuk akal pun ader. Suami isteri mati pukul memukul kununnyer untuk rawatan ketagihan merokok dan penyakit hati. Innalillahi waanalillahi rajioun. Ader ker cam tu??? Tak penah Islam ajo nak jadik sihat kene sakitkan diri... Isk isk.. Aku pon tak tau aper nak jadik skang... makin moden dunia manusia makin bangang laks (marah tol aku nie) . Yang kunun Tok Bomoh tu aper dia dapat??? Aku pon tak tau. Setan la nie.

Sistem Pemantauan Tanah Tinggi

La nie aku dok analisis kawasan-kawasan yang terletak lam kawasan tanah tinggi dalam setiap daerah di Semenanjung Malaysia. Aku tengah dok wat Daerah Lipis, Pahang. Agak leceh gak coz kena tunggu komp nie regenerate. Kitorg gunakan MapInfo dan Vertical mapper untuk detect kawasan base on data kontur dari Jupem. kalo kene kawasan tanah tinggi yang byk cerun laks mmg lama. Kekdg sampai hang. Actually aku handle kws selatan. johor, melaka, negeri sembilan. negeri tu tak banyak tanah tinggi so kejap dah siap. (bangga laks) so aku tolong kwn aku nie wat kws pantai timur... ceh lama woo sampai berari-ari tunggu. Tu aku tunggu smbil tunggu wat la blog nie sat. kalo korg berminat nak tau pasal sistem yang kitorg wat nie kontek ler aku or JPBD kat bahagian perundangan & kawal selia perancangan.

Line Clear

Sebenonyer aku bertolak dari umah aku kat melaka kol 5.55 pg tadi ke opis aku kat Wisma Tun Sambathan kat Kay el nun.. Trafik memang klear cumer prut aku jer tak klear. Tapi mmg best coz x penah kay el se klear gini kalo ari2 biaser... So sempat gak memerot kat opis sblum punch... Speeding pon tak laju sekitar 140 - 160 km/j jer hihihihihi (mintak2 x der ops sikap tadi ... soli latuk wa mau cepat sampai wooo). Sampai opis mmg x der org .. (dah diarog coti). Segaja jer aku tak coti buat jasa skit kat bahagian.. next month aku dh kene transfer melaka balik ... nguwawawawawa. Aman skit.... Bukak dario pon smua jln2 lancar.. hiyaaa... Aku kat tkt 22 nie dok nengok bwh .... weh nie kay el ker kmpg aku... best tol kalo ari2 camni... Senang aku nak gi balik keje dari ampang nun... Hihihiihihihi. Aper-aper hal keje tetap keje ...... Kene ikhlas tapi gaji kene kira gak...

Selamat Datang

Memula aku nak ucapkan selamat datang ke blog yang tak seberapa nie.. isk isk isk.. Blog nie mula dicipta pada rayer ke 3 di kala aku sesorg jer keje kat opis nie... nguwaaaaaaaaaaaaa ... jager opis.. dengan berlatarbelakangkan citer kene kantoi dari dario kawan aku nie..